Another Templates

Sample Text

LATARBELAKANG PUSAT SUMBER SEKOLAH



Perpustakaan  Sekolah telah mulu wujud sejak sebelum merdeka lagi, iaitu pada tawal tahun 1950an, namun ianya tidak secara menyeluruh, dan perkembangan penubuhan perpustakaan tidak begitu diutamakan. Beberapa sekolah dipilih sebagai pusat bagi menempatkan beberapa jenis alat pandang dengar. Projek ini menemui kegagalan kerana tidak diuruskan dengan berkesan di samping kekurangan kakitangan terlatih.
Pada tahun 1962, Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu menggariskan standard minimum bagi perpustakaan di Malaya. Antaranya:

i. Semua koleksi ditempat di sebuah bilik khas
ii. Guru Perpustakaan/Pusatakawan diberi kursus perpustakaan selama setahun.
iii. Koleksi buku purata 10 judul bagi  1 orang pelajar.
iv. 2 hingga 3 naskhah akhbar.

Pada tahun 1962, Kementerian Pelajaran (Pendidikan) memperkenalkan kursus sepenuh masa bagi guru-guru Perpustakaan ini. Pengambilan pertama melibatkan serama 13 orang guru.Pada tahun 1964, Kementerian Pelajaran (Pendidikan) menerbitkan Manual Perpustakaan Sekolah ( “School Library Manual”) yang disediakan oleh Margeret Walker.

Pada tahun 1965, TV Pendidikan telah memulakan satu program perintis bagi Sains Am (General Science) yang diterbitkan di bawah Kementerian Penerangan bersama Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1966 pula, projek kedua melibatkan bidang Biologi ( Kajihayat). Pada tahun 1967, Perpustakaan Sekolah diletakkan di bawah pengurusan Biro Buku Teks di Kementerian Pendidikan. Pada tahun 1974, pengurusan Perpustakaan Sekolah diserahkan pula kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah Kementerian Pelajaran.

Pada 1 Mac 1983, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah Pusat Sumber Sekolah bagi menggantikan istilah Perpustakaan Sekolah. Pusat Sumber Sekolah dapat memberi gambaran yang lebih tepat kerana Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan cetak dan bahan bukan cetak.
Pada tahun 1983 juga, diwujudkan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Empat buah negeri telah dipilih iaitu Negeri Kedah, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Negeri yang tiada mempunyai PSPN, Unit Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri menjalankan peranan yang sama. Unit Teknologi Pendidikan ini akhirnya dinaiktarafkan kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri pada tahun 1997.

LAGU NILAM



Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita


Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai Jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi


NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi Jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya


Membaca dan belajar amalan hidup mulia 
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari

PENGERTIAN NILAM





Latar Belakang
NILAM atau ‘NADI ILMU AMALAN MEMBACA’ merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan disekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Perlaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 bertarikh 22 Mei 1998; Pelaksanaan Program NILAM yang mewajibkan semua sekolah di Malaysia menjalankan Program NILAM.

Langkah pemantapan budaya membaca dalam kalangan murid-murid sekolah ini juga diperkukuhkan lagi melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2005 bertarikh 12 Mei 2005; Memantapkan Budaya Membaca di Kalangan Murid Sekolah.

Matlamat
Satu strategi untuk menanam minat membaca di kalangan rakyat Malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Objektif
  • Menjadikan murid banyak membaca. Pembacaan melibatkan semua genre, bahan yang berkualiti dan tidak terkongkong kepada pembacaan yang berorientasikan peperiksaan sahaja.
  • Menggalakkan sekolah rerus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
  • Melahirkan tokoh murid yang berketrampilan dalam pembacaan, mempunyai sifat kepimpinan, berani berhadapan dengan khalayak, berkeyakinan tinggi dan berpengetahuan luas.
  • melahirkan lebih ramai golongan pelajar yang cintakkan bahan bacaan, menjadikannya sebagai satu budaya dan menjadi ‘role model” kepada rakan-rakan sebaya yang lain.
  • Menjadi pemangkin terhadap budaya membaca dalam masyarakat.


Tahap Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu percambahan penyertaan muridn dan penggunaan bahan dalam aktiviti galakan membaca. Taha ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).

PENGENALAN PSS


SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog rasmi PSS SMK Langgar. Blog ini sedang dalam pembinaannya. Harap maklum.. Sila datang lagi. ;)

Followers