Another Templates

Sample Text

LATARBELAKANG PUSAT SUMBER SEKOLAH



Perpustakaan  Sekolah telah mulu wujud sejak sebelum merdeka lagi, iaitu pada tawal tahun 1950an, namun ianya tidak secara menyeluruh, dan perkembangan penubuhan perpustakaan tidak begitu diutamakan. Beberapa sekolah dipilih sebagai pusat bagi menempatkan beberapa jenis alat pandang dengar. Projek ini menemui kegagalan kerana tidak diuruskan dengan berkesan di samping kekurangan kakitangan terlatih.
Pada tahun 1962, Persatuan Perpustakaan Persekutuan Tanah Melayu menggariskan standard minimum bagi perpustakaan di Malaya. Antaranya:

i. Semua koleksi ditempat di sebuah bilik khas
ii. Guru Perpustakaan/Pusatakawan diberi kursus perpustakaan selama setahun.
iii. Koleksi buku purata 10 judul bagi  1 orang pelajar.
iv. 2 hingga 3 naskhah akhbar.

Pada tahun 1962, Kementerian Pelajaran (Pendidikan) memperkenalkan kursus sepenuh masa bagi guru-guru Perpustakaan ini. Pengambilan pertama melibatkan serama 13 orang guru.Pada tahun 1964, Kementerian Pelajaran (Pendidikan) menerbitkan Manual Perpustakaan Sekolah ( “School Library Manual”) yang disediakan oleh Margeret Walker.

Pada tahun 1965, TV Pendidikan telah memulakan satu program perintis bagi Sains Am (General Science) yang diterbitkan di bawah Kementerian Penerangan bersama Kementerian Pelajaran. Pada tahun 1966 pula, projek kedua melibatkan bidang Biologi ( Kajihayat). Pada tahun 1967, Perpustakaan Sekolah diletakkan di bawah pengurusan Biro Buku Teks di Kementerian Pendidikan. Pada tahun 1974, pengurusan Perpustakaan Sekolah diserahkan pula kepada Perkhidmatan Perpustakaan Sekolah, Pengurusan Sekolah Kementerian Pelajaran.

Pada 1 Mac 1983, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah menggunakan istilah Pusat Sumber Sekolah bagi menggantikan istilah Perpustakaan Sekolah. Pusat Sumber Sekolah dapat memberi gambaran yang lebih tepat kerana Pusat Sumber Sekolah mempunyai koleksi bahan cetak dan bahan bukan cetak.
Pada tahun 1983 juga, diwujudkan Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN). Empat buah negeri telah dipilih iaitu Negeri Kedah, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Negeri yang tiada mempunyai PSPN, Unit Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri menjalankan peranan yang sama. Unit Teknologi Pendidikan ini akhirnya dinaiktarafkan kepada Pusat Sumber Pendidikan Negeri pada tahun 1997.

0 comments:

Post a Comment


SELAMAT DATANG

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog rasmi PSS SMK Langgar. Blog ini sedang dalam pembinaannya. Harap maklum.. Sila datang lagi. ;)

Followers